24 Raja Daud menghibur hati Batsyeba isterinya, lalu berseketiduran dengan dia. Kemudian Batsyeba melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Salomo oleh Raja Daud. TUHAN mengasihi anak itu
25 dan menyuruh Nabi Natan menamakan anak itu Yedija, kerana TUHAN mengasihi dia.
26 Sementara itu Yoab masih bertempur untuk merebut Raba, ibu kota negeri Amon, dan dia telah hampir merebut kota itu.
27 Oleh itu dia mengirim utusan kepada Raja Daud dan melaporkan, “Hamba telah menyerang Raba dan merampas bekalan airnya.
28 Sekarang, sudilah tuanku mengumpulkan tentera kita yang lain, lalu memimpin serangan untuk merebut kota itu. Dengan demikian tidak akan dikatakan orang bahawa hamba yang merebut kota itu.”
29 Kemudian Raja Daud mengumpulkan segenap tenteranya lalu menyerang Raba. Baginda menyerbu dan mengalahkan kota itu.
30 Raja Daud mengambil mahkota raja mereka lalu memakainya. Mahkota itu seberat kira-kira 35 kilogram dan bertatahkan permata indah. Raja Daud juga membawa banyak sekali barang jarahan dari kota itu.