1 Selepas itu Absalom menyediakan sebuah kereta kuda dan beberapa ekor kuda untuk dirinya, dan juga lima puluh orang pengiring peribadi.
2 Biasanya Absalom bangun pagi-pagi lalu berdiri di tepi jalan dekat pintu gerbang kota. Setiap orang yang hendak mengadukan perkaranya kepada raja, dipanggil dan ditanyai oleh Absalom. Katanya, “Kamu daripada suku mana?” Jika orang itu menjawab, “Daripada suku ini atau itu,”
3 maka Absalom berkata, “Menurut undang-undang, kamu benar, tetapi sayang tiada wakil raja yang mahu mendengarkan pengaduanmu.”
4 Absalom berkata lagi, “Andaikata saya ini hakim, setiap orang yang mempunyai perselisihan atau tuntutan boleh datang kepada saya, dan saya akan memperlakukannya dengan adil.”