26 Tetapi jika TUHAN tidak berkenan kepada beta, terserah sajalah kepada apa kehendak-Nya bagi diri beta.”
27 Selanjutnya raja bertitah kepada Zadok, “Ajaklah Ahimaas anakmu dan Yonatan anak Abyatar, dan kembalilah ke kota dengan tenang.
28 Sementara itu beta akan menunggu dekat tempat penyeberangan sungai di padang gurun sehingga menerima khabar daripada kamu.”
29 Maka Zadok dan Abyatar membawa Tabut Perjanjian kembali ke Yerusalem dan mereka tinggal di situ.
30 Raja Daud tidak berkasut, dan bersama-sama semua pengikutnya, mereka mendaki Bukit Zaitun sambil menangis dengan kepala berselubung sebagai tanda bersedih.
31 Ketika Raja Daud diberitahu bahawa Ahitofel juga ikut memberontak dengan Absalom, Raja Daud berdoa, “Ya, TUHAN, sia-siakanlah nasihat Ahitofel!”
32 Pada waktu Raja Daud sampai ke puncak bukit, di tempat ibadat di situ, baginda disambut oleh sahabatnya yang setia, Husai orang Arki. Husai sudah mengoyakkan pakaiannya dan menaburkan abu di atas kepalanya.