19 Lagipun, kepada siapakah hamba mengabdikan diri, kalau bukan putera kepada tuan hamba? Sebagaimana hamba mengabdikan diri kepada ayahanda tuanku, begitu juga hamba akan mengabdikan diri kepada tuanku sekarang.”
20 Kemudian Absalom berkata kepada Ahitofel, “Katakanlah apa yang harus kita lakukan.”
21 Ahitofel menjawab, “Pergilah berseketiduran dengan gundik-gundik ayahanda tuanku, yang ditinggalkan untuk menunggui istana. Dengan perbuatan itu, semua orang Israel akan tahu bahawa tuanku sudah dianggap musuh oleh ayahanda tuanku, dan semua pengikut tuanku akan bertambah berani.”
22 Maka sebuah khemah dipasang untuk Absalom di atas atap istana yang rata itu. Kemudian dengan disaksikan oleh semua orang, Absalom masuk ke dalam khemah itu lalu berseketiduran dengan gundik-gundik ayahandanya.
23 Pada masa itu setiap nasihat Ahitofel diterima dengan baik, seolah-olah semuanya firman Allah sendiri; baik Raja Daud mahupun Absalom menurut nasihat Ahitofel.