20 “Jangan,” kata Yoab, “hari ini kamu tidak boleh menyampaikan khabar baik. Kamu boleh melakukannya pada hari lain, tetapi bukan hari ini, kerana putera raja sudah mangkat.”
21 Kemudian Yoab berkata kepada hambanya, orang Etiopia, “Pergilah beritahu raja apa yang telah engkau nampak.” Hamba itu sujud lalu pergi dengan berlari.
22 Tetapi Ahimaas mendesak Yoab, “Walau apa pun yang terjadi, benarkanlah saya juga untuk pergi menyampaikan khabar.”“Mengapa engkau berkeras untuk pergi, anakku?” tanya Yoab. “Engkau tidak akan menerima hadiah untuk hal itu.”
23 “Tidak mengapa,” kata Ahimaas lagi, “Saya akan tetap pergi.”“Jika begitu, pergilah,” kata Yoab. Maka Ahimaas berlari menyusuri jalan yang melalui Lembah Yordan, dan tidak lama kemudian dia berjaya mendahului hamba itu.
24 Raja Daud sedang duduk di ruang antara pintu gerbang sebelah dalam dan pintu gerbang sebelah luar kota itu. Pengawal naik ke atas tembok dan berdiri di atas bumbung pintu gerbang. Apabila dia melayangkan pandangan, dia nampak seorang datang berlari.
25 Pengawal itu berseru ke bawah memberitahukan hal itu kepada raja, dan raja bertitah, “Jika dia sendirian, tentulah khabar baik yang dibawanya.”Ketika orang itu hampir sampai,
26 penjaga itu nampak seorang lagi datang berlari, lalu dia berseru, “Tengok! Ada seorang lagi yang lari ke sini sendirian.”Raja menjawab, “Pasti dia membawa khabar baik juga.”