1 Selepas itu Daud bertanya kepada TUHAN, “Adakah TUHAN menghendaki aku pergi menguasai salah sebuah kota di Yehuda?”“Ya,” jawab TUHAN.“Kota yang mana?” tanya Daud.“Hebron,” jawab TUHAN.
2 Oleh itu Daud pergi ke Hebron dan membawa kedua-dua isterinya: Ahinoam dari Yizreel, dan Abigail, balu Nabal, orang Karmel itu.
3 Daud juga membawa anak buahnya dan semua keluarga mereka, lalu menetap di kota Hebron dan di sekitarnya.
4 Kemudian orang Yehuda datang ke Hebron, dan dengan upacara pelumuran minyak, mereka melantik Daud menjadi raja Yehuda.Apabila Raja Daud mendengar bahawa penduduk Yabes di Gilead sudah memakamkan jenazah Raja Saul,