14 Kemudian Abner berkata kepada Yoab, “Marilah kita suruh beberapa orang anak buah kita bertanding dengan menggunakan senjata.”“Baiklah,” jawab Yoab.
15 Oleh itu dua belas orang yang mewakili Raja Isyboset dan suku Benyamin, berlawan dengan dua belas orang anak buah Raja Daud.
16 Mereka saling mencengkam kepala dan saling menikam perut lawan, sehingga mereka semua mati. Maka tempat di Gibeon itu dinamakan “Ladang Pedang.”
17 Selepas itu pertempuran sengit berlaku. Abner dan pasukan Israel dikalahkan oleh pasukan anak buah Raja Daud.
18 Ketiga-tiga anak lelaki Zeruya berada di sana: Yoab, Abisai, dan Asael. Asael, yang dapat berlari sepantas kijang,
19 mula mengejar Abner dengan tidak berhenti-henti.
20 Abner menoleh ke belakang dan bertanya, “Engkaukah itu Asael?”“Ya,” jawabnya.