2 Oleh itu Daud pergi ke Hebron dan membawa kedua-dua isterinya: Ahinoam dari Yizreel, dan Abigail, balu Nabal, orang Karmel itu.
3 Daud juga membawa anak buahnya dan semua keluarga mereka, lalu menetap di kota Hebron dan di sekitarnya.
4 Kemudian orang Yehuda datang ke Hebron, dan dengan upacara pelumuran minyak, mereka melantik Daud menjadi raja Yehuda.Apabila Raja Daud mendengar bahawa penduduk Yabes di Gilead sudah memakamkan jenazah Raja Saul,
5 Raja Daud mengirim utusan ke sana dengan pesan, “Semoga TUHAN memberkati kamu kerana menunjukkan kesetiaan terhadap raja kamu dengan memakamkan jenazah baginda.
6 Oleh itu, semoga TUHAN juga menyatakan kasih dan kesetiaan-Nya kepada kamu. Beta pun akan memperlakukan kamu dengan baik kerana perbuatan kamu itu.
7 Hendaklah kamu kuat dan tabah hati! Raja Saul, raja kamu sudah mangkat, tetapi orang Yehuda telah melantik beta menjadi raja mereka.”
8 Abner anak Ner, panglima tentera Raja Saul, telah melarikan diri dengan Isyboset, putera Raja Saul ke Mahanaim, di seberang Sungai Yordan.