6 Oleh itu, semoga TUHAN juga menyatakan kasih dan kesetiaan-Nya kepada kamu. Beta pun akan memperlakukan kamu dengan baik kerana perbuatan kamu itu.
7 Hendaklah kamu kuat dan tabah hati! Raja Saul, raja kamu sudah mangkat, tetapi orang Yehuda telah melantik beta menjadi raja mereka.”
8 Abner anak Ner, panglima tentera Raja Saul, telah melarikan diri dengan Isyboset, putera Raja Saul ke Mahanaim, di seberang Sungai Yordan.
9 Di sana, Abner melantik Isyboset menjadi raja kawasan Gilead, Asyer, Yizreel, Efraim, dan Benyamin, bahkan seluruh Israel.
10 Raja Isyboset berusia empat puluh tahun ketika baginda menjadi raja Israel. Baginda memerintah selama dua tahun.Tetapi suku Yehuda setia kepada Raja Daud;
11 dari kota Hebron, Raja Daud memerintah Yehuda selama tujuh tahun setengah.
12 Pada suatu hari Abner dan para pegawai Raja Isyboset berangkat dari Mahanaim ke kota Gibeon.