4 Raja memberikan perintah kepada Amasa, “Kumpulkanlah orang Yehuda dan baliklah di sini bersama dengan mereka dalam masa tiga hari.”
5 Amasa pergi mengumpulkan orang Yehuda tetapi dia tidak kembali pada waktu yang ditentukan oleh raja.
6 Maka raja bertitah kepada Abisai, “Seba akan lebih menyusahkan kita daripada Absalom. Oleh itu bawalah anak buah beta dan kejarlah dia. Jika tidak, mungkin dia akan menduduki beberapa buah kota berkubu, lalu lari daripada kita.”
7 Kemudian di bawah pimpinan Abisai, anak buah Yoab dan pasukan pengawal peribadi raja, serta semua askar lain berangkat dari Yerusalem untuk mengejar Seba.
8 Apabila mereka sampai ke batu besar di Gibeon, Amasa bertemu dengan mereka. Pada waktu itu Yoab berpakaian perang, dan pedangnya bersarung serta diikat pada pinggangnya. Apabila Yoab maju berjalan, pedangnya tercabut.
9 Yoab berkata kepada Amasa, “Apa khabar, saudara?” Sementara itu Yoab memegang janggut Amasa dengan tangan kanannya untuk mencium dia.
10 Amasa tidak nampak pedang di tangan kiri Yoab. Tiba-tiba Yoab menikamkan pedang itu ke perut Amasa sehingga isi perutnya berhamburan ke tanah. Yoab tidak perlu menikamnya lagi kerana Amasa mati dengan serta-merta.Kemudian Yoab dan adiknya Abisai terus mengejar Seba.