19 Dalam pertempuran lain dengan orang Filistin di Gob, Elhanan anak Yair, orang dari Betlehem membunuh Goliat yang berasal dari Gat. Gagang tombak Goliat sebesar kayu alat tenun.
20 Selepas itu ada satu lagi pertempuran di Gat. Di sana ada seorang raksasa yang suka sekali berperang. Dia mempunyai enam jari pada setiap tangan dan kakinya.
21 Dia mengejek umat Israel, dan Yonatan anak Simea, membunuh dia. Simea ialah abang Raja Daud.
22 Keempat-empat orang itu keturunan raksasa dari Gat dan semuanya dibunuh oleh Raja Daud dan anak buah baginda.