12 Dia menyelubungi diri-Nya dengan kegelapan;awan mendung yang tebal mengelilingi Dia;
13 Bara api menyala-nyala dari kilat yang di hadapan-Nya.
14 Kemudian TUHAN mengguntur dari angkasa,dan Yang Maha Tinggi memperdengar suara-Nya.
15 Dia melepaskan anak panah-Nya,dan mencerai-beraikan musuh-Nya.Dia memancarkan kilat sehingga menyebabkan mereka lari.
16 Dasar lautan tersingkap,dan asas bumi terdedah,ketika TUHAN menegur musuh-Nya,dan bertempik dengan murka terhadap mereka.
17 Dari atas TUHAN menghulurkan tangan-Nya,Dia memegang aku,lalu menarik aku keluar dari air yang dalam.
18 Dia menyelamatkan aku daripada musuhku yang kuat,dan daripada mereka yang membenci aku,kerana mereka terlalu kuat bagiku.