25 Oleh itu Dia mengganjar aku kerana aku melakukan yang benar,kerana Dia tahu bahawa aku tidak bersalah.
26 Ya TUHAN, Engkau setia kepada orang yang setia kepada-Mu,dan Engkau sangat baik kepada orang yang baik.
27 Engkau menyatakan diri-Mu suci kepada orang yang suci,tetapi Engkau memusuhi orang yang jahat.
28 Engkau menyelamatkan orang yang rendah hati,tetapi Engkau merendahkan orang yang sombong.
29 Ya TUHAN, Engkaulah cahayaku;Engkau menerangi kegelapanku.
30 Engkau memberi aku kekuatan untuk menyerang musuhku,dan kuasa untuk menembusi pertahanan mereka.
31 Betapa sempurnanya perbuatan Allah ini,firman TUHAN dapat dipercayai.Dia umpama perisaibagi semua orang yang berlindung pada-Nya.