3 Allahku tempat perlindunganku,aku selamat bersama dengan Dia.Dia melindungi aku seperti perisai;Dia membela dan menjaga aku supaya aku selamat.Dialah penyelamatku;Dia melindungi aku dan menyelamatkan aku daripada keganasan.
4 Aku berseru kepada TUHAN yang patut dipuji,dan Dia menyelamatkan aku daripada musuhku.
5 Ombak maut mengelilingi aku,banjir kebinasaan menggenangi aku.
6 Bahaya maut mengelilingi aku,dan kubur memasang perangkap untukku.
7 Dalam kesusahan aku berseru kepada TUHAN;Aku berseru kepada Allahku minta pertolongan.Di dalam Rumah-Nya Dia mendengar suaraku;Dia memperhatikan seruanku.
8 Kemudian bumi bergegar dan bergoncang;dasar langit bergetar dan bergoyang,kerana Allah murka!
9 Asap berhembus dari hidung-Nya,api dan bara keluar dari mulut-Nya.