34 Dia menguatkan kakiku seperti kaki rusa;Dia menjaga keselamatanku di pergunungan.
35 Dia melatih aku untuk berperang,supaya aku dapat melengkungkan busur yang terkuat.
36 Ya TUHAN, Engkau melindungi dan menyelamatkan aku;pertolongan-Mu telah menjadikan aku agung.
37 Engkau menjaga aku supaya aku tidak ditawan,dan aku tidak pernah jatuh.
38 Aku mengejar musuhku dan mengalahkan mereka;aku tidak berhenti sebelum aku membinasakan mereka.
39 Aku memukul mereka sehingga mereka tidak dapat bangun;mereka rebah kerana kalah di hadapanku.
40 Engkau memberi aku tenaga untuk bertempur,dan kemenangan atas musuhku.