37 Engkau menjaga aku supaya aku tidak ditawan,dan aku tidak pernah jatuh.
38 Aku mengejar musuhku dan mengalahkan mereka;aku tidak berhenti sebelum aku membinasakan mereka.
39 Aku memukul mereka sehingga mereka tidak dapat bangun;mereka rebah kerana kalah di hadapanku.
40 Engkau memberi aku tenaga untuk bertempur,dan kemenangan atas musuhku.
41 Engkau menyebabkan musuh lari daripadaku;aku membinasakan orang yang membenci aku.
42 Mereka mencari pertolongan,tetapi tiada sesiapa pun menyelamatkan mereka;mereka berseru kepada TUHAN, tetapi Dia tidak menjawab.
43 Aku menghancurkan mereka, sehingga mereka menjadi seperti debu;Aku memijak-mijak mereka seperti lumpur di jalan.