38 Aku mengejar musuhku dan mengalahkan mereka;aku tidak berhenti sebelum aku membinasakan mereka.
39 Aku memukul mereka sehingga mereka tidak dapat bangun;mereka rebah kerana kalah di hadapanku.
40 Engkau memberi aku tenaga untuk bertempur,dan kemenangan atas musuhku.
41 Engkau menyebabkan musuh lari daripadaku;aku membinasakan orang yang membenci aku.
42 Mereka mencari pertolongan,tetapi tiada sesiapa pun menyelamatkan mereka;mereka berseru kepada TUHAN, tetapi Dia tidak menjawab.
43 Aku menghancurkan mereka, sehingga mereka menjadi seperti debu;Aku memijak-mijak mereka seperti lumpur di jalan.
44 Engkau menyelamatkan aku daripada umat yang memberontak,dan menjadikan aku pemerintah bangsa-bangsa;bangsa yang tidak aku kenal kini menjadi rakyatku.