45 Bangsa asing tunduk kepadaku,dan taat apabila mereka mendengar perintahku.
46 Mereka hilang keberanian;mereka gementar dan keluar dari kubu pertahanan.
47 TUHAN hidup! Pujilah pembelaku!Isytiharkanlah keagungan Allah Penyelamatku!
48 Dia memberi aku kemenangan atas musuhku;Dia menaklukkan bangsa-bangsa di hadapanku,
49 dan menyelamatkan aku daripada lawanku.Ya TUHAN, Engkau memberi aku kemenangan atas musuhku,dan melindungi aku daripada orang ganas.
50 Oleh itu aku memuji Engkau di kalangan bangsa-bangsa;aku menyanyikan lagu pujian untuk-Mu.
51 Allah memberikan kemenangan besar kepada raja pilihan-Nya;Dia tetap mengasihi orang yang dilantik-Nya,iaitu Daud dan keturunannya, untuk selama-lamanya.