5 Ombak maut mengelilingi aku,banjir kebinasaan menggenangi aku.
6 Bahaya maut mengelilingi aku,dan kubur memasang perangkap untukku.
7 Dalam kesusahan aku berseru kepada TUHAN;Aku berseru kepada Allahku minta pertolongan.Di dalam Rumah-Nya Dia mendengar suaraku;Dia memperhatikan seruanku.
8 Kemudian bumi bergegar dan bergoncang;dasar langit bergetar dan bergoyang,kerana Allah murka!
9 Asap berhembus dari hidung-Nya,api dan bara keluar dari mulut-Nya.
10 Dia membelah langit lalu turundengan awan gelap di bawah kaki-Nya.
11 Dia terbang laju dengan mengendarai kerub;Dia melayang di atas sayap angin.