2 Samuel 23:18-24-39 BM

18 Adik Yoab, iaitu Abisai (ibu mereka ialah Zeruya) ialah ketua pasukan “Kumpulan Tiga Puluh.” Abisai pernah berperang dengan tiga ratus orang dan membunuh mereka semua dengan tombaknya. Oleh itu dia menjadi terkenal di kalangan “Kumpulan Tiga Puluh.”

19 Dialah yang paling masyhur di kalangan “Kumpulan Tiga Puluh” dan dia menjadi pemimpin mereka, tetapi dia tidak sehebat “Kumpulan Tiga.”

20 Seorang askar lain yang termasyhur ialah Benaya anak Yoyada dari Kabzeel. Dia sangat berani, dan pernah membunuh dua orang pahlawan gagah dari Moab. Pada suatu hari, ketika salji turun, dia masuk ke dalam gua dan membunuh seekor singa.

21 Dia pernah juga membunuh seorang Mesir, yang berbadan besar dan bersenjatakan tombak. Dia menyerang orang itu dengan belantannya. Lalu dia merampas tombak raksasa itu dan membunuhnya dengan tombak itu.

22 Demikianlah jasa Benaya, salah seorang daripada “Kumpulan Tiga Puluh”.

23 Dalam kumpulan itu Benaya ialah yang terkemuka, tetapi dia tidak sehebat “Kumpulan Tiga”. Raja Daud melantik dia menjadi ketua pengawal peribadinya.

24-39 Anggota-anggota lain daripada “Kumpulan Tiga Puluh” itu ialah:Asael, adik YoabElhanan anak Dodo orang BetlehemSama dan Elika orang HarodHeles orang PaltiIra anak Ikes orang TekoaAbiezer orang AnatotMebunai orang HusaZalmon orang AhohiMaharai orang NetofaHeleb anak Baana orang NetofaItai anak Ribai orang Gibea di wilayah suku BenyaminBenaya orang PiratonHidai dari lembah-lembah GaasAbialbon orang ArabaAzmawet orang BahurimElyahba orang SaalbonAnak-anak YasyenYonatanSama orang HarariAhiam anak Sarar orang HarariElifelet anak Ahasbai orang MaakhaEliam anak Ahitofel orang GiloHezro orang KarmelPaerai orang ArbiYigal anak Natan orang ZobaBani orang GadZelek orang AmonNaharai orang Beerot, pembawa senjata YoabIra dan Gareb orang YetriUria orang Het.Semuanya ada 37 orang askar yang termasyhur.