4 Adonia, ibunya ialah Hagit;Sefaca, ibunya ialah Abital;
5 dan Yitream, ibunya ialah Egla. Keenam-enam orang putera itu dilahirkan di Hebron.
6 Sementara pertempuran terus berlangsung antara penyokong Raja Daud dan penyokong keluarga Raja Saul, Abner berusaha supaya pengaruhnya semakin besar di kalangan penyokong Raja Saul.
7 Pada suatu hari, Raja Isyboset putera Raja Saul menuduh Abner meniduri seorang gundik Raja Saul yang bernama Rizpa anak Aya.
8 Tuduhan itu membuat Abner naik marah. Katanya, “Adakah tuanku berfikir bahawa hamba mengkhianati Raja Saul dan memihak kepada Yehuda? Sejak dahulu hamba telah setia kepada Raja Saul ayahanda tuanku, dan saudara-saudara baginda, dan juga sahabat-sahabat baginda. Hamba sudah menyelamatkan tuanku daripada dikalahkan oleh Raja Daud. Meskipun begitu tuanku menyalahkan hamba hanya kerana persoalan perempuan!
9-10 Lebih baik hamba menolong Raja Daud, kerana TUHAN telah berjanji kepada baginda untuk mengambil kerajaan ini daripada Raja Saul dan keturunannya, lalu melantik Raja Daud menjadi raja seluruh Israel dan Yehuda. Biarlah Allah membunuh hamba jika hamba tidak melaksanakan janji Allah kepada Raja Daud.”
11 Raja Isyboset begitu takut terhadap Abner sehingga baginda tidak berani berkata apa-apa.