3 Penduduk asli tempat itu telah lari ke Gitaim, dan sejak masa itu mereka menetap di sana.)
4 Seorang lagi keturunan Raja Saul ialah Mefiboset anak Yonatan. Ketika Raja Saul dan Yonatan dibunuh, Mefiboset baru berusia lima tahun. Apabila pengasuhnya mendengar berita kematian itu dari kota Yizreel, dia melarikan anak itu, tetapi kerana terburu-buru, anak itu terjatuh lalu menjadi tempang.
5 Kemudian Rekhab dan Baana pergi ke rumah Raja Isyboset. Mereka tiba di sana pada waktu tengah hari ketika Raja Isyboset sedang berehat.
6 Kebetulan perempuan yang menjaga pintu rumah tertidur kerana mengantuk ketika membersihkan gandum. Oleh itu Rekhab dan Baana dapat menyelinap masuk.
7 Mereka terus masuk ke dalam bilik Raja Isyboset sementara baginda sedang tidur nyenyak. Lalu mereka menikam baginda sampai mati. Mereka memenggal kepala Raja Isyboset lalu membawa kepala itu pergi. Mereka berjalan sepanjang malam melalui Lembah Yordan.
8 Kemudian mereka memberikan kepala itu kepada Raja Daud di Hebron. Mereka berkata, “Inilah kepala Raja Isyboset putera Raja Saul, musuh tuanku yang cuba membunuh tuanku. Pada hari ini TUHAN telah membalas perbuatan Raja Saul dan keturunannya bagi tuanku.”
9 Tetapi Raja Daud menjawab, “TUHAN yang hidup, yang telah menyelamatkan beta daripada segala bahaya, tahu bahawa yang akan beta katakan ini benar.