12 Oleh itu Raja Daud sedar bahawa TUHAN telah mengukuhkan diri baginda sebagai raja Israel, dan telah menjadikan kerajaan baginda makmur untuk kepentingan umat TUHAN.
13 Setelah Raja Daud pindah dari Hebron ke Yerusalem, baginda mempunyai lebih banyak lagi isteri dan gundik, serta putera dan puteri.
14 Inilah putera-putera Raja Daud yang dilahirkan di Yerusalem: Syamua, Sobab, Natan, Salomo,
15 Yibhar, Elisua, Nefeg, Yafia,
16 Elisama, Elyada, dan Elifelet.
17 Apabila orang Filistin mengetahui bahawa Raja Daud telah dilantik menjadi raja Israel, tentera mereka keluar untuk menangkap baginda. Tetapi apabila Raja Daud mendengar hal itu, baginda pergi berlindung di sebuah tempat yang berkubu.
18 Orang Filistin tiba di Lembah Refaim dan menduduki lembah itu.