16 Elisama, Elyada, dan Elifelet.
17 Apabila orang Filistin mengetahui bahawa Raja Daud telah dilantik menjadi raja Israel, tentera mereka keluar untuk menangkap baginda. Tetapi apabila Raja Daud mendengar hal itu, baginda pergi berlindung di sebuah tempat yang berkubu.
18 Orang Filistin tiba di Lembah Refaim dan menduduki lembah itu.
19 Raja Daud bertanya kepada TUHAN, “Haruskah aku menyerang orang Filistin? Adakah Engkau akan memberi aku kemenangan?”“Seranglah!” jawab TUHAN. “Aku akan memberi engkau kemenangan.”
20 Oleh itu Daud pergi ke Baal-Perasim dan mengalahkan orang Filistin. Baginda bertitah, “TUHAN sudah merempuh pertahanan musuh beta, seperti banjir melanda segala sesuatu dalam seketika.” Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Baal-Perasim.
21 Apabila orang Filistin lari dari situ, mereka meninggalkan patung-patung berhala mereka. Kemudian Raja Daud dan anak buahnya mengambil patung-patung itu.
22 Tidak lama kemudian orang Filistin kembali ke Lembah Refaim dan menduduki tempat itu lagi.