22 Tidak lama kemudian orang Filistin kembali ke Lembah Refaim dan menduduki tempat itu lagi.
23 Sekali lagi Raja Daud bertanya kepada TUHAN. TUHAN menjawab, “Jangan serang mereka dari sini. Tetapi berjalanlah mengelilingi tempat ini dan seranglah mereka dari belakang, dekat pokok-pokok kertau.
24 Apabila engkau mendengar bunyi seperti derap orang berbaris di puncak pokok-pokok itu, mulakan serangan kerana Aku akan berjalan di hadapanmu untuk mengalahkan tentera Filistin.”
25 Raja Daud menurut perintah TUHAN dan baginda berjaya mengalahkan orang Filistin dari Geba sampai ke Gezer.