7 Pada saat itu juga TUHAN Allah murka dengan Uza dan membunuh dia, kerana perbuatannya itu merupakan penghinaan kepada TUHAN. Uza mati di sebelah Tabut Perjanjian.
8 Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Peres-Uza. Raja Daud murka kerana TUHAN telah membinasakan Uza.
9 Tetapi Raja Daud takut juga akan TUHAN. Raja Daud bertitah, “Sekarang bagaimanakah beta dapat membawa Tabut Perjanjian itu?”
10 Oleh itu baginda tidak mahu lagi membawa Tabut Perjanjian ke Yerusalem. Sebaliknya baginda membawa Tabut Perjanjian itu ke rumah Obed-Edom, orang yang berasal dari Gat.
11 Tabut Perjanjian berada di sana selama tiga bulan, dan TUHAN memberkati Obed-Edom serta keluarganya.
12 Raja Daud mendengar bahawa TUHAN telah memberkati keluarga Obed-Edom dan segala yang ada padanya, kerana Tabut Perjanjian. Maka Raja Daud pergi ke rumah Obed-Edom dan mengambil Tabut Perjanjian itu. Baginda memindahkan Tabut Perjanjian ke Yerusalem dengan perayaan besar.
13 Setelah orang yang mengangkat Tabut Perjanjian melangkah maju enam langkah, Raja Daud menyuruh mereka berhenti. Lalu baginda mempersembahkan korban kepada TUHAN, iaitu seekor lembu jantan dan seekor anak lembu yang digemukkan.