12 iaitu Edom, Moab, Amon, Filistin, dan negeri orang Amalek. Raja Daud juga mempersembahkan sebahagian daripada barang-barang yang dirampasnya daripada Raja Hadadezer.
13 Raja Daud menjadi lebih termasyhur selepas baginda kembali daripada membunuh 18,000 orang Edom di Lembah Asin.
14 Raja Daud mendirikan perkhemahan tenteranya di seluruh tanah Edom, dan penduduk di situ takluk kepada baginda. TUHAN memberikan kemenangan kepada Raja Daud di mana sahaja baginda berperang.
15 Raja Daud memerintah di seluruh Israel dan memastikan supaya rakyatnya selalu diperlakukan dengan adil dan baik.
16-18 Inilah pegawai-pegawai tinggi yang dilantik oleh Raja Daud:Panglima angkatan bersenjata: Yoab (ibunya Zeruya);Setiausaha istana: Yosafat anak Ahilud;Imam-imam: Zadok anak Ahitub, dan Ahimelekh anak Abyatar;Setiausaha negara: SerayaKetua pengawal peribadi raja: Benaya anak Yoyada;Imam-imam di istana: putera-putera Raja Daud.