9 Selepas itu Raja Daud memanggil Ziba, hamba Raja Saul, dan bertitah kepadanya, “Beta telah menyerahkan segala milik Raja Saul dan keluarganya kepada Mefiboset, cucu tuanmu itu.
10 Kamu, anak-anakmu dan hamba-hambamu, mesti mengusahakan tanah itu untuk keluarga tuanmu, dan berikanlah hasil tanah itu kepada mereka untuk mencukupi keperluan mereka. Tetapi Mefiboset akan sentiasa makan di meja beta.” (Ziba mempunyai lima belas orang anak lelaki dan dua puluh orang hamba.)
11 Ziba menjawab, “Hamba akan melaksanakan segala perintah tuanku.”Oleh itu Mefiboset makan bersama-sama raja, seperti salah seorang putera Raja Daud sendiri.
12 Mefiboset mempunyai seorang anak lelaki bernama Mikha, yang masih muda. Semua anggota keluarga Ziba menjadi hamba Mefiboset.
13 Demikianlah Mefiboset yang cacat kedua-dua kakinya itu tinggal di Yerusalem dan sentiasa makan di meja raja.