1 Apabila Mordekhai mendengar segala yang sudah berlaku, dia mengoyakkan pakaiannya sebagai tanda bersedih. Dia memakai kain guni, dan membubuhi kepalanya dengan abu, lalu berjalan-jalan di kota sambil menangis dengan nyaring dan pilu.
2 Akhirnya dia tiba di pintu gerbang istana, tetapi dia tidak masuk, kerana orang yang berpakaian kain guni tidak dibenarkan masuk.
3 Di setiap wilayah, di mana sahaja titah raja itu dibacakan, orang Yahudi meratap dengan pilu. Mereka berpuasa, menangis, dan meraung; dan banyak di kalangan mereka yang memakai kain guni dan berbaring di atas abu.
4 Apabila dayang-dayang dan sida-sida yang melayani Ester memberitahu Ester apa yang sedang dilakukan Mordekhai, Ester sangat gelisah. Dia mengirim pakaian kepada Mordekhai supaya dia tidak memakai kain guni, tetapi Mordekhai tidak mahu menerimanya.
5 Kemudian Ester memanggil Hatah, salah seorang sida-sida di istana yang ditugaskan raja untuk melayani Ester. Ester menyuruh Hatah bertanya kepada Mordekhai apa yang sedang berlaku dan mengapa dia bertindak begitu.
6 Hatah pergi kepada Mordekhai di lapangan kota, di hadapan pintu gerbang istana.