1 Pada hari itu juga, Raja Ahasyweros memberi Permaisuri Ester semua harta Haman, musuh orang Yahudi. Ester memberitahu raja bahawa Mordekhai ialah sepupunya. Sejak itu Mordekhai diberikan hak untuk menghadap raja tanpa dipanggil lebih dahulu.
2 Raja menanggalkan cincin meterai yang baru diambilnya semula daripada Haman, lalu memberikannya kepada Mordekhai. Ester pula melantik Mordekhai menjadi penguasa harta benda Haman.
3 Selepas itu Ester menghadap raja lagi sambil bersujud dan menangis. Dia memohon agar raja menghentikan komplot yang dirancang oleh Haman, keturunan Agag, terhadap orang Yahudi.
4 Raja menghulurkan tongkat emasnya kepada Ester, lalu bangkitlah Ester dan berkata,
5 “Jika tuanku berkenan, dan jika tuanku menyayangi hamba, hendaknya tuanku mengeluarkan surat perintah untuk membatalkan surat perintah Haman anak Hamedata keturunan Agag, yang mengandungi perintah untuk membinasakan semua orang Yahudi di seluruh kerajaan.