14 Kemudian atas perintah raja, para utusan itu berangkat dengan menunggang kuda kepunyaan raja dan pergi dengan secepat-cepatnya. Perintah itu diisytiharkan juga di Susan, ibu kota kerajaan.
15 Selepas itu Mordekhai meninggalkan istana, sambil memakai pakaian kebesaran berwarna biru dan putih, jubah ungu daripada kain linen yang halus, dan mahkota emas yang cantik sekali. Orang di jalan-jalan raya kota Susan bersorak-sorai kerana bersukacita.
16 Orang Yahudi berasa lega dan gembira, bahagia dan bangga.
17 Di tiap-tiap kota dan wilayah, di mana sahaja titah raja itu dibacakan, orang Yahudi bersukacita, bergembira, dan berpesta. Bahkan banyak orang menjadi warga bangsa Yahudi kerana mereka takut terhadap bangsa itu.