18 Tetapi orang Yahudi di Susan mengadakan perayaan pada hari kelima belas, kerana pada hari ketiga belas dan keempat belas mereka membunuh musuh, dan pada hari kelima belas barulah mereka berhenti membunuh musuh.
19 Itulah sebabnya orang Yahudi yang tinggal di kota-kota kecil merayakan hari keempat belas bulan Adar dengan berpesta. Pada hari itu mereka saling memberikan hadiah berupa makanan.
20 Selepas itu Mordekhai mencatatkan kejadian itu. Dia mengirim surat kepada semua orang Yahudi, baik yang dekat mahupun yang jauh, di seluruh Kerajaan Persia.
21 Dia menyuruh mereka merayakan hari keempat belas dan hari kelima belas bulan Adar pada tiap-tiap tahun.
22 Hal itu demikian kerana pada hari itulah mereka telah mengalahkan musuh, sehingga kesedihan dan kepedihan mereka berubah menjadi kegembiraan dan kebahagiaan. Oleh itu, mereka harus merayakan hari-hari itu dengan pesta dan jamuan serta saling memberikan makanan, dan memberikan sedekah kepada orang miskin.
23 Orang Yahudi menurut perintah Mordekhai itu, lalu perayaan itu menjadi perayaan tahunan.
24 Haman anak Hamedata, keturunan Agag dan musuh orang Yahudi, sudah membuang undi yang disebut “purim”, untuk menentukan hari bagi pembunuhan orang Yahudi. Dia sudah bertekad untuk menghapuskan mereka dari muka bumi.