1 Musuh orang Yehuda dan Benyamin mendengar bahawa mereka yang telah pulang dari pembuangan itu sedang membina semula Rumah TUHAN, Allah Israel.
2 Oleh itu mereka menghadap Zerubabel dan para pemimpin umat itu, lalu berkata, “Benarkanlah kami ikut membina Rumah TUHAN. Kami pun menyembah Allah yang sama dan kami selalu mempersembahkan korban kepada-Nya sejak kami disuruh tinggal di sini oleh Raja Esarhadon, raja negeri Asyur.”
3 Zerubabel, Yesua, dan para pemimpin umat berkata kepada mereka, “Kami tidak memerlukan bantuan kamu untuk membina Rumah bagi TUHAN, Allah kami. Kami sendiri akan membinanya, sebagaimana yang diperintahkan oleh Raja Kores, raja Persia.”
4 Selepas itu penduduk yang telah lama tinggal di negeri itu cuba menawarkan hati orang Yahudi dan menakut-nakuti mereka, supaya pembinaan itu dihentikan.