19 Mereka yang telah pulang dari pembuangan itu merayakan Paska pada hari keempat belas bulan pertama tahun yang berikutnya.
20 Semua imam dan orang Lewi telah melakukan upacara pembersihan diri sehingga dianggap suci. Orang Lewi menyembelih binatang untuk korban Paska bagi para imam, dan bagi semua orang yang telah pulang dari pembuangan serta bagi mereka sendiri.
21 Korban itu dimakan oleh semua orang Israel yang telah pulang dari pembuangan, dan penduduk negeri itu yang telah meninggalkan cara hidup yang berdosa, lalu datang untuk menyembah TUHAN, Allah Israel.
22 Selama tujuh hari, dengan gembira mereka merayakan Perayaan Roti Tidak Beragi. Mereka bersukacita kerana TUHAN telah menyebabkan raja negeri Asyur bermurah hati terhadap mereka, sehingga baginda menolong mereka membina semula Rumah TUHAN, Allah Israel.