1 Bertahun-tahun kemudian, apabila Raja Artahsasta menjadi raja Persia, ada seorang lelaki bernama Ezra. Dia seorang daripada keturunan Harun, Imam Agung itu, dan salasilahnya adalah seperti berikut: Ezra anak Seraya, anak Azarya, anak Hilkia,
2 anak Salum, anak Zadok, anak Ahitub,
3 anak Amarya, anak Azarya, anak Merayot,
4 anak Zerahya, anak Uzi, anak Buki,
5 anak Abisua, anak Pinehas, anak Eleazar, anak Harun.
6-7 Ezra seorang yang terpelajar dan sangat mahir dalam Taurat yang diberikan oleh TUHAN, Allah Israel, kepada Musa. Raja memberikan apa sahaja yang diminta oleh Ezra kerana Ezra diberkati TUHAN, Allahnya. Pada tahun ketujuh pemerintahan Raja Artahsasta, Ezra berangkat dari negeri Babilonia ke Yerusalem bersama-sama sekumpulan orang Israel, termasuk beberapa orang imam, orang Lewi, penyanyi, serta pengawal pintu Rumah TUHAN, dan para pekerja.
8-9 Mereka meninggalkan negeri Babilonia pada hari pertama bulan pertama, dan dengan pertolongan Allah, mereka tiba di Yerusalem pada hari pertama bulan kelima.