20 Segala keperluan lain yang kamu perlukan untuk Rumah TUHAN, bolehlah kamu minta dari perbendaharaan kerajaan.
21 Beta memerintah supaya apa sahaja yang diminta oleh Imam Ezra, pakar Taurat Allah penguasa di syurga, harus diberikan dengan segera oleh semua pegawai perbendaharaan di wilayah Efrat Barat.
22 Jumlahnya boleh sampai sebanyak ini: 3,400 kilogram perak, 10,000 kilogram gandum, 2,000 liter wain, 2,000 liter minyak zaitun dan garam seberapa banyak yang diperlukan.
23 Berhati-hatilah melaksanakan segala yang telah diwajibkan Allah penguasa di syurga bagi Rumah-Nya, supaya Dia tidak murka terhadap beta ataupun terhadap orang yang memerintah selepas beta.
24 Janganlah pungut cukai daripada para imam, orang Lewi, penyanyi, pengawal pintu gerbang, pekerja, atau sesiapa sahaja yang ada hubungan dengan Rumah TUHAN.
25 Hendaklah kamu, Ezra, menggunakan kebijaksanaan yang telah diberikan Allah kepadamu. Lantiklah pentadbir-pentadbir dan hakim-hakim supaya memimpin rakyat di Efrat Barat, yang hidup menurut Taurat Allahmu. Hendaklah kamu mengajarkan Taurat itu kepada semua orang yang belum mengetahuinya.
26 Sesiapa yang tidak mentaati hukum Allahmu atau undang-undang kerajaan, hendaklah dihukum dengan serta-merta dengan hukuman mati, atau pembuangan, atau perampasan harta, ataupun hukuman penjara.”