1 TUHAN berfirman,“Aku mengasihi Israel sejak dia masih kecil;Aku memanggil anak-Ku keluar dari Mesir.
2 Tetapi semakin Aku memanggil mereka,semakin mereka menjauhi Aku.Umat-Ku mempersembahkan korban kepada Baal;mereka membakar kemenyan kepada berhala-berhala.
3 Padahal Akulah yang mengajar Israel berjalan.Aku memeluk umat-Ku dengan kasih sayang;Aku memelihara merekatetapi mereka tidak mahu mengakui hakikat itu.
4 Aku mendekatkan merekadengan penuh kasih sayang.Aku mendukung dan mencium mereka,Aku membongkok dan memberi mereka makan.
5 Mereka tidak mahu kembali kepada-Ku. Oleh itu mereka mesti kembali ke Mesir, dan bangsa Asyur akan memerintah mereka.