Hosea 14 BM

1 Samaria harus dihukum kerana memberontak terhadap Aku. Rakyatnya akan mati dalam peperangan. Bayi akan dihempaskan sehingga hancur, dan perut wanita hamil dibelah.”

Hosea Merayu kepada Israel

2 Kembalilah kepada TUHAN, Allah kamu, hai orang Israel. Dosa kamu telah menyebabkan kamu tergelincir dan jatuh.

3 Kembalilah kepada TUHAN, dan biarlah doa ini menjadi persembahan kamu kepada-Nya: “Ampunkanlah segala dosa kami, ya TUHAN, dan terimalah doa kami. Lalu kami akan memuji Engkau sebagaimana yang telah kami janjikan.

4 Negeri Asyur tidak akan dapat menyelamatkan kami. Kereta kuda pun tidak dapat melindungi kami. Kami tidak akan berkata lagi kepada berhala bahawa berhala-berhala itu Allah kami. Ya TUHAN, Engkau mengasihani orang yang tidak mempunyai sesiapa pun yang dapat diharapkan.”

TUHAN Menjanjikan Kehidupan Baru kepada Israel

5 TUHAN berfirman,“Umat-Ku yang menyeleweng akan Kubawa kembali.Mereka akan Kukasihi dengan segenap hati,sebab mereka tidak Kumurkai lagi.

6 Bagi orang Israel, Aku seperti hujanyang membasahi tanah yang gersang.Mereka akan berkembang seperti bunga,dan seperti pokok di Lebanon yang dalam akarnya.

7 Mereka akan hidup dan bertambah banyakseperti tanaman yang banyak tunasnya,dan mereka menjadi indah seperti pokok zaitun.Mereka akan menjadi harumseperti pokok sedar di Lebanon.

8 Mereka akan kembali kepada-Kudan hidup dalam perlindungan-Ku.Dengan pesat mereka akan bertambah makmurseperti gandum bertumbuh di ladang yang subur,dan seperti ladang anggur yang banyak hasilnya.Mereka akan terkenal seperti wain dari Lebanon.

9 Orang Israel akan membuang berhala-berhala;Aku akan mengabulkan doa mereka dan memelihara mereka.Seperti pokok malar hijau Aku akan melindungi mereka;Akulah sumber segala berkat mereka.”

Penutup

10 Semoga orang yang bijaksana memahami apa yang tertulis ini serta memperhatikannya. Petunjuk daripada TUHAN adalah benar, dan orang salih hidup kerana menurut petunjuk itu. Tetapi orang berdosa tergelincir dan jatuh, kerana mereka tidak menurut petunjuk itu.

Bab

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14