1 TUHAN berfirman, “Bunyikanlah tanda kecemasan! Musuh sedang menyerang negeri-Ku seperti burung helang menyambar mangsa. Umat-Ku telah memungkiri perjanjian-Ku dengan mereka, dan melanggar hukum-Ku.
2 Meskipun mereka mengakui Aku sebagai Allah, dan berkata bahawa mereka umat-Ku yang mengenal Aku,
3 namun mereka telah menolak perkara yang baik. Oleh itu musuh akan mengejar mereka.
4 Umat-Ku memilih raja-raja tanpa meminta pendapat-Ku. Mereka melantik pemimpin-pemimpin tanpa mendapat persetujuan-Ku. Mereka mengambil emas dan perak dan membuat patung-patung berhala yang mengakibatkan kebinasaan mereka.
5 Aku benci akan lembu emas yang disembah penduduk kota Samaria. Aku sangat murka kepada mereka. Sampai bilakah mereka akan terus menyembah berhala?