11 Semakin banyak mazbah yang didirikan orang Israel untuk menghapuskan dosa, semakin banyak pula tempat untuk mereka berdosa.
12 Aku telah menulis banyak ajaran untuk mereka, tetapi mereka menolak semuanya kerana menganggap ajaran itu aneh dan asing.
13 Mereka suka mempersembahkan korban kepada-Ku, dan makan daging korban itu. Tetapi Aku, TUHAN, tidak berkenan kepada mereka. Sekarang Aku akan mengingat dosa mereka, dan menghukum mereka kerana dosa-dosa itu. Aku akan mengirim mereka semula ke Mesir.
14 Orang Israel mendirikan istana-istana, tetapi mereka lupa akan Pencipta mereka. Orang Yehuda mendirikan kota-kota berkubu, tetapi Aku akan menurunkan api untuk membakar habis kota dan istana mereka.”