7 Apabila umat-Ku menabur angin, mereka akan menuai ribut. Ladang gandum yang tidak menguning tidak akan menghasilkan makanan. Tetapi jika ladang itu menguning juga, orang bangsa asing akan menghabiskan gandumnya.
8 Orang Israel sudah menjadi seperti bangsa-bangsa lain dan tidak berguna lagi, seperti periuk yang pecah.
9 Orang Israel degil seperti keldai liar, mereka menurut kemahuan mereka sendiri. Mereka minta pertolongan daripada Asyur. Israel telah membayar negeri-negeri lain untuk mendapat perlindungan.
10 Tetapi sekarang Aku akan mengumpulkan mereka dan menghukum mereka. Tidak lama lagi mereka akan menderita apabila raja Asyur menindas mereka.
11 Semakin banyak mazbah yang didirikan orang Israel untuk menghapuskan dosa, semakin banyak pula tempat untuk mereka berdosa.
12 Aku telah menulis banyak ajaran untuk mereka, tetapi mereka menolak semuanya kerana menganggap ajaran itu aneh dan asing.
13 Mereka suka mempersembahkan korban kepada-Ku, dan makan daging korban itu. Tetapi Aku, TUHAN, tidak berkenan kepada mereka. Sekarang Aku akan mengingat dosa mereka, dan menghukum mereka kerana dosa-dosa itu. Aku akan mengirim mereka semula ke Mesir.