5 Hai puteri-puteri Yerusalem,sungguhpun aku hitam tetapi aku manis;walaupun aku hitam seperti khemah Kedar,tetapi aku cantik seperti tirai di istana Salomo.
6 Jangan hina aku kerana kulitku hitam;aku hitam kerana kena sinaran matahari.Saudara-saudaraku marah terhadap aku,dan memaksa aku bekerja di ladang anggur;aku tiada masa menjaga diriku sendiri.
7 Katakanlah, hai kekasihku,di manakah engkau akan menggembalakan ternakan,di manakah domba berbaring pada tengah hari?Mengapakah aku harus mencari engkauantara kawanan domba kepunyaan gembala lain?
8 Tidakkah engkau tahu akan tempatnya,hai wanita yang paling jelita?Ikutlah jejak kawanan ternak,dan gembalakanlah anak-anak kambingmudekat khemah para gembala.
9 Hai sayangku,engkau laksana kuda betinayang memberahikankuda jantan penarik kereta kudaraja Mesir.
10 Pipimu molek dengan perhiasan,lehermu cantik dengan kalung permata.
11 Kami akan membuat perhiasan emas bagimu,perhiasan yang bertatahkan perak.