Kidung Agung 2 BM

1 Aku bunga mawar di Saron,bunga bakung di lembah gunung.

2 Seperti bunga bakung antara semak berduri,demikianlah sayangku antara puteri.

3 Bagaikan pokok epal antara pokok-pokok hutan,demikianlah sayangku antara kaum lelaki.Aku suka bernaung di bawahnya,buah-buahnya manis rasanya.

4 Dia membawa aku ke dewan pesta,pandangannya padaku penuh cinta.

5 Kuatkanlah aku dengan kismis,segarkanlah aku dengan epal,kerana aku sakit asmara.

6 Tangan kirinya menopang kepalaku,tangan kanannya membelai aku.

7 Berjanjilah,hai puteri-puteri Yerusalem,demi rusa dan kijang di padangbahawa kamu tidak akan mengganggu cinta kami.

Nyanyian Kedua

8 Aku mendengar suara kekasihku.Dia lari kepadaku melalui bukit dan gunung.

9 Kekasihku seperti kijang;dia seperti anak rusa.Di balik tembok dia berdiri,dengan matanya dia menatap,dan mengintip dari kisi-kisi tingkap.

10 Kekasihku berkata-kata kepadaku.Marilah, hai sayangku,marilah jelitaku, marilah.

11 Musim sejuk sudah berlalu;hujan pun sudah berhenti.

12 Bunga di padang sudah mekar.Inilah masanya untuk menyanyi;bunyi tekukur terdengar di padang.

13 Buah ara mula masak;pokok anggur semerbak harum bunganya.Marilah, hai sayangku,marilah jelitaku, marilah.

14 Engkau seperti burung merpatiyang bersembunyi di celah-celah bukit batu.Biarlah kulihat wajahmu yang cantik itu,biarlah kudengar suaramu yang merdu.

15 Tangkaplah rubah-rubah yang kecil itu,rubah yang merosakkan ladang anggur,kerana pokok anggur kita sedang berbunga.

16 Kekasihku kepunyaanku,dan aku kepunyaannya.Dia menggembala dombanya di tengah-tengah bunga bakung

17 sehingga angin fajar bertiup dan kegelapan pun hilang.Kembalilah, hai sayangku,seperti kijang,seperti anak rusa di pergunungan Beter.

Bab

1 2 3 4 5 6 7 8