1 Malam demi malam, di katilku,aku mimpikan kekasihku;aku mencari dia tetapi tidak menemuinya.
2 Aku mengelilingi kota,melalui semua jalan dan lorong.Aku mencari jantung hatiku,aku mencari dia,tetapi tidak menemuinya.
3 Peronda-peronda kota nampak aku.Aku bertanya kepada mereka,“Adakah kamu menemui kekasihku?”
4 Sebaik sahaja aku meninggalkan mereka,aku menemui kekasihku.Aku memeluk dia dan tidak mahu melepaskannya,sehingga aku membawanya pulang ke rumah ibuku,ke bilik ibu yang melahirkan aku.
5 Berjanjilah,hai puteri-puteri Yerusalem,demi rusa dan kijang di padang,bahawa kamu tidak akan mengganggu cinta kami.
6 Apakah yang datang dari padang gurun, seperti kepulan asap?Harumnya seperti kemenyan dan mur yang dijual oleh pedagang.
7 Lihat, itu tandu Raja Salomo,dikelilingi enam puluh orang askar, pahlawan-pahlawan terbaik di Israel.