12 Kekasih dan pengantinku seperti taman yang bertembok,taman yang bertembok,mata airku sendiri.
13 Di sana tumbuh pokok-pokok delimadengan buah-buah yang paling lazat;bunga inai dan narwastu,
14 kunyit, tebu, kayu manis,dan segala macam kemenyan;mur dan gaharudengan pelbagai rempah pilihan.
15 Taman itu diairi mata air yang memancarkan air segar,yang mengalir dari Pergunungan Lebanon.
16 Bangkitlah, hai angin utara.Bertiuplah ke tamanku,hai angin selatan;biarlah harummu semerbak di udara.Semoga kekasihku datang ke tamanku,dan makan buah-buah yang lazat.