1 Aku datang ke tamanku,hai kekasih dan pengantinku,aku mengumpulkan mur dan rempahku;aku makan madu dan sarang lebah maduku,aku minum susu dan wainku.Makanlah, hai sahabat-sahabat,dan minumlah sehingga kamu mabuk asmara.
2 Aku tidur, tetapi hatiku berjaga.Dengarlah,kekasihku mengetuk pintu.Benarkanlah aku masuk,hai sayangku,merpatiku, buah hatiku.Kepalaku basah kerana embun,dan rambutku penuh titisan embun malam.
3 Pakaian telah kutanggalkan;mengapakah aku harus memakainya lagi?Kaki pun telah kucuci;mengapakah aku harus mengotorkannya lagi?
4 Berdebar-debar hatiku,kerana kekasihku memegang tombol pintu.