5 Maka bangunlah akuhendak membuka pintu bagi kekasihku.Mur menitis dari tangan dan jarikumembasahi tombol pintu.
6 Aku membuka pintu untuk kekasihku,tetapi dia sudah pergi.Aku sangat merindukan suaranya.Aku mencari dia tetapi tidak menemuinya;aku memanggil dia,tetapi dia tidak menyahut.
7 Peronda-peronda kota menemui aku;mereka memukul dan melukai aku;pengawal di tembok kota merampas selendangku.
8 Berjanjilah,hai puteri-puteri Yerusalem,jika kamu menjumpai kekasihku,beritahulah dia bahawa aku sakit asmara.
9 Hai gadis yang paling jelita,adakah kekasihmu lebih baik daripada kekasih lain?Apakah kelebihan kekasihmusehingga kami harus berjanji kepadamu?
10 Kekasihku kacak dan gagah;unggul antara sepuluh ribu orang.
11 Kepalanya seperti emas,emas murni,rambutnya berombak-ombak, hitam seperti burung gagak.