4 Hai sayangku, engkau secantik kota Yerusalem,seindah kota Tirza.Engkau sangat mempesonakanseperti kota-kota yang besar itu.
5 Palingkanlah wajahmu daripadaku,kerana pandanganmu membingungkan aku.Rambutmu seperti kawanan kambingyang menuruni bukit-bukit Gilead.
6 Gigimu putih seperti kawanan dombayang baru dimandikan;berpasangan seperti anak domba kembar,tiada satu pun hilang.
7 Pipimu seperti belahan buah delima,di balik tudungmu.
8 Biarpun ada enam puluh orang permaisuri,dan lapan puluh orang gundik,dan gadis yang tidak terbilang,
9 namun aku mengasihi seorang sahaja,dan dia cantik seperti burung merpati;anak tunggal kesayangan ibunya.Semua gadis melihat dan memuji dia,permaisuri dan gundik kagum akan dia.
10 Siapakah dia yang datangseperti fajar merekah?Dia seindah bulan purnama,secerah sang suria.