9 namun aku mengasihi seorang sahaja,dan dia cantik seperti burung merpati;anak tunggal kesayangan ibunya.Semua gadis melihat dan memuji dia,permaisuri dan gundik kagum akan dia.
10 Siapakah dia yang datangseperti fajar merekah?Dia seindah bulan purnama,secerah sang suria.
11 Aku datang ke kebun badamuntuk melihat tanaman muda di lembah,sama ada pokok anggur sudah bertunas,dan sama ada pokok delima sudah berbunga.
12 Aku sangat merindukan cintamu,seperti aku rindu menaiki kereta kuda bersama-sama para bangsawan.
13 Menarilah, menarilahhai gadis Sulam.Biarlah kami melihat engkau menari.Mengapa kamu ingin melihat akumenari di tengah barisan penonton?