1 Alangkah baiknya jika engkau saudaraku,yang disusui oleh ibuku sendiri,supaya apabila aku menemui engkau di tengah jalan,aku boleh mencium engkau, dan tidak sesiapa pun menghina aku.
2 Aku akan membawa engkau ke rumah ibuku,dan engkau akan mengajar aku bercinta.Aku akan memberi engkau minum wain campurdan air buah delimaku.
3 Tangan kirimu menopang kepalaku,dan tangan kananmu membelai aku.
4 Berjanjilah,hai puteri-puteri Yerusalem,bahawa kamu tidak akan mengganggu cinta kami.